Isnin, 22 Mei 2017 - 11:44PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Kerabat Johor maut kemalangan

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof



KEADAAN kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan Kerabat Diraja Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

JOHOR BAHRU: Seorang Kerabat Diraja Johor maut selepas kereta dipandu anaknya terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di susur Jalan Lingkaran Dalam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Kerabat Diraja Johor iaitu dua pupu kepada Sultan Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, dalam kejadian jam 9.45 pagi, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah cuba mengelak kenderaan lain dan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan.

"Penumpang cedera parah di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu berusia 22 tahun dibawa untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Tempat kejadian adalah di susur keluar ke Jalan Lingkaran Dalam Danga City Mall menghala ke Skudai/Pantai Lido," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, bedah siasat dijalankan pada jam 11.30 pagi di HSA dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Trending

    Disyorkan