Rabu, 28 Jun 2017 - 6:23AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Anis Al-Idrus naik pelamin Julai depan

Oleh: Muhamad Fairoz Azizan



ANIS Al-Idris dan tunang, Aiman Rafzan - Foto Instagram Anis

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Anis Al-Idrus, 29, sudah pun melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Aiman Rafzan, 35, pada 24 Mac lalu.

Diadakan secara tertutup, majlis terbabit hanya dihadiri oleh anggota keluarga kedua-dua belah pihak.

Pengurus peribadi beliau, Nasir Deraman, mengesahkan cerita pertunangan Anis dengan pereka dalaman berkenaan selepas melayangkan undangan eksklusif kepada media bagi mengumumkan penyatuan pasangan terbabit.

"Sebenarnya, majlis ini adalah bagi mengumumkan Anis sudah pun bertunang pada 24 Mac lalu dalam majlis yang hanya dihadiri oleh anggota keluarga kedua-dua pihak.

"Sidang media yang akan diadakan pada 23 Mei ini juga bagi memaklumkan mengenai majlis perkahwinan beliau, yang akan berlangsung pada Julai depan," katanya.

Anis pula ketika dihubungi sebentar tadi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai majlis eksklusif terbabit.

Beliau yang ketika itu sedang menjayakan sesi fotografi bagaimanapun tidak menafikan andaian sidang media berkenaan ada kena mengena dengan hari bahagianya nanti.

"Datang saja Selasa ini dan anda semua akan tahu segala-galanya. Buat masa sekarang, Anis tak nak cakap apa-apa kerana semua persoalan akan terjawab pada majlis sidang media itu nanti," katanya sambil ketawa.

Tahun lalu, pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dikaitkan bercinta dengan pelakon baharu, Raja Afiq. Bagaimanapun, perhubungan yang terjalin lebih lima bulan itu putus di pertengahan jalan.


Trending

    Disyorkan