Sabtu, 24 Jun 2017 - 6:17AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

IHH Healthcare untung sebelum cukai RM526.1j

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM526.1 juta dalam suku pertama yang berakhir 31 Mac 2017 daripada RM355.3 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lalu.

Hasil naik lapan peratus kepada RM2.68 bilion daripada RM2.48 bilion yang dicatatkan sebelumnya, berikutan pertumbuhan organik daripada operasi sedia ada dan pertambahan hospital baharu yang dibuka pada 2015.

"Pembelian Tokuda Group dan City Clinic Group juga menyumbang kepada peningkatan hasil bagi suku pertama tahun kewangan 2017 kumpulan, " kata penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada masa hadapan, IHH Healthcare berkata, ia memiliki kapasiti mencukupi bagi menampung permintaan industri dengan pengembangan kemudahan sedia ada serta pembukaan kemudahan baharu di pasaran yang akan memacu pertumbuhan hasil.

Kumpulan itu menyasar mengurangkan kesan kos sebelum operasi dan memulakan operasi dengan meningkatkan bilangan pesakit bagi mencapai manfaat operasi optimum.

Disebabkan jenama yang kukuh dan rangkaian meluas hospital, ditambah dengan lembaran imbangan dan aliran tunai operasi kukuh, faktor itu akan membolehkan IHH Healthcare mengharungi persekitaran operasi mencabar yang dijangkakan tahun mendatang, kata syarikat itu.

BERNAMA


Trending

    Disyorkan