Jumaat, 19 Mei 2017 | 9:09pm

Cypark Resources peroleh 2 kontrak LSSPV

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd memperoleh dua kontrak bernilai RM75.01 juta untuk pembangunan skala besar kilang fotovoltaik solar (LSSPV).

Kilang pertama akan dibina untuk Selasih Mentari Sdn Bhd pada harga RM53.38 juta di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan, dalam tempoh kira-kira 18 bulan.

LSSPV yang kedua adalah untuk Revenue Vantage Sdn Bhd di Jelebu (Negeri Sembilan) dan akan mengambil masa kira-kira 16 bulan.

Kontrak terbabit masing-masing bermula pada 23 Mac dan 24 Mei 2017.

BERNAMA

42 dibaca
Berita Harian X