Jumaat, 19 Mei 2017 | 9:55pm

Lelaki parah kereta rempuh gerai


Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penjaja dan orang ramai menyebabkan dua cedera dalam kejadian di Jalan Macalister. - Foto ihsan Pembaca

GEORGETOWN: Seorang lelaki parah manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh gerai makanan di Jalan Maclister di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, seorang pemandu kereta dilaporkan hilang kawalan ketika mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh empat gerai dan orang ramai yang sedang makan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa yang parah dikenali sebagai Woon Kwee Fong, 59, berasal dari Batu Pahat, Johor, dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Berdasarkan maklumat awal pemandu kereta jenis Hyundai i10 dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya, namun hilang kawalan dan merempuh gerai berdekatan.

"Pemandu wanita berkenaan kemudian bertindak melarikan diri dengan mangsa dihantar ke HPP oleh orang awam. Ketika ini, kita dalam usaha mengesan pemandu berkenaan, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

24 dibaca
Berita Harian X