Jumaat, 19 Mei 2017 | 11:05pm

11 sekeluarga maut terkena bom tepi jalan


Seorang askar Afghan mengawal di wilayah Logar, Afghanistan, pada bulan Februari 2016. - Foto Reuters

KABUL: Serangan bom tepi jalan mengorbankan 11 sekeluarga yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di timur Afghanistan hari ini.

Gabenor Logar, Mohammad Halim Fedayee berkata, masing-masing lima wanita dan lima kanak-kanak serta seorang lelaki dalam sebuah kenderaan maut manakala seorang wanita dan dua lelaki cedera dalam insiden di wilayah itu.

"Semua mangsa mempunyai hubungan keluarga yang dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan," katanya.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu namun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kumpulan pemberontak seperti Taliban kerana menggunakan bom tepi jalan yang sering mengenai orang awam.

Empat bulan pertama tahun ini menyaksikan rekod tertinggi kematian kanak-kanak akibat konflik di Afghanistan lapor PBB Isnin lalu dengan sekurang-kurangnya 283 maut dan 704 cedera sehingga akhir April lalu.

Reuters

22 dibaca
Berita Harian X