Jumaat, 19 Mei 2017 | 11:47pm
KEADAAN luar penjara utama di Kinshasa. - Foto AFP

70 banduan lari dari penjara Congo

KINSHASA: Puluhan banduan melarikan diri dari penjara di Republik Demokratik Congo awal hari ini, tidak sampai 48 jam selepas pemberontak menyerang penjara utama di ibu kota negara itu, membebaskan pemimpin mereka dan 50 lagi.

"Dalam kalangan 74 banduan yang ditempatkan di penjara usang di Kasangulu, 68 dapat melarikan diri, " kata ahli perundangan tempatan, Jean-Claude Vuemba, menambah kejadian berlaku jam 1.00 pagi waktu tempatan.

Bandar itu terletak kira-kira 40 kilometer ke barat daya Kinshasa di wilayah Kongo Central.

Sepuluh daripada banduan yang melarikan diri itu berjaya ditangkap semula, kata Vuemba yang mengkritik keadaan banduan sebagai amat dikesali.

Seorang aktivis hak asasi manusia yang melawat penjara itu hari ini, berkata beliau cuma ada empat orang di situ, dua daripadanya wanita.

Tidak dapat dipastikan bagaimana mereka dapat melepaskan diri, dengan polis berkata penyiasat sudah dikerah ke lokasi kejadian dari Kinshasa.

Kejadian berlaku dua hari selepas pemberontak kumpulan politik diharamkan menyerang penjara pusat Kinshasa.

AFP

Berita Harian X