Sabtu, 20 Mei 2017 | 12:22am

Ulama Arab Saudi restui sidang kemuncak dihadiri Trump


Gambar fail ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi dan Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman bertemu di Rumah Putih Washington pada 14 Mac 2017. - Foto REUTERS

MAKKAH: Ulama terkemuka Arab Saudi, hari ini menyifatkan sidang kemuncak Islam di Riyadh hujung minggu ini yang akan dihadiri pemimpin Islam dan Presiden Donald Trump sebagai 'dirahmati'.

Dalam khutbah Jumaat, Imam Masjid Haram, Sheikh Saleh bin Hamdi, memuji 'pertemuan dirahmati yang akan menyatukan saudara dan rakan' Ahad ini.

Beliau menggesa peserta menunjukkan ketulenan dan menegaskan impak negatif campur tangan dalam hal ehwal rantau itu', agensi berita SPA memetik beliau sebagai berkata.

Beliau jelas merujuk kepada seteru utama negara Sunnah itu di rantau berkenaan, Iran yang dikuasai penganut fahaman Syiah.

Kedua-dua negara menyokong pihak bertelagah dalam perang di Syria dan Yaman.

Beliau berkata, campur tangan di Asia Barat 'diburukkan dengan pengakuan, konflik agama, nasionalis dan etnik', dan menggesa peserta sidang kemuncak itu bertindak mengekang kekecohan bersenjata yang dicetuskan pengganas dan penyokong mereka.

Trump, yang akan menjadikan Arab Saudi persinggahan dalam kunjungan pertamanya ke luar negara sebagai presiden Amerika Syarikat, esok dijangka memberikan ucapan mengenai Islam kepada 50 pemimpin negara Islam pada persidangan itu.

AFP

Berita Harian X