Isnin, 29 Mei 2017 - 12:03PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Ramli Junit pilih Pahang, 2-0

Oleh Nazri Abu Bakar



LEGENDA bola sepak negara, Ramli Junit. - Foto Nazri Abu Bakar

MELAKA: Legenda bola sepak negara, Ramli Junit memilih Pahang menjuarai Piala FA di Shah Alam malam ini dengan keputusan 2-0, walaupun skuad Hijau Kuning turut memiliki barisan yang agresif untuk mengecewakan lawan.

Penilaian itu dibuat Ramli berdasarkan kelebihan Pahang yang konsisten mempamerkan persembahan secara berpasukan serta persefahaman mantap ketika menterjemahkan perencanaan strategi jurulatih, Dollah Saleh.

Katanya, keupayaan Pahang sememangnya tidak boleh disangkal dan jika mereka memperaga persembahan konsisten, tidak mustahil Piala FA dibawa pulang ke Kuantan.

"Saya yakin peranan penyerang Mohamadou Sumareh antara faktor yang mampu menjadi penentu kejayaan Pahang, selain dibantu pemain import dan rakan yang lain.

"Saya lihat skuad Tok Gajah adalah antara yang terbaik setakat ini. Bahkan, ramuan Dollah juga mampu meletakkan pasukan itu untuk menjulang Piala Malaysia musim ini," katanya.

Menjelang aksi malam ini, Ramli menjangkakan perlawanan akan seimbang dengan Kedah turut berpeluang memenangi kejuaraan, namun aksi Helang Merah yang lebih kepada pergerakan individu boleh memerangkap pasukan itu.

Katanya, dia melihat persembahan Kedah lebih mirip kepada menonjolkan keistimewaan individu dan aspek itu akan menjadi satu kelemahan yang boleh dipintas Pahang.

Jadi, dia menasihatkan beberapa pemain Helang Merah yang gemar menampilkan gerakan solo supaya segera menukar konsep itu kepada gerakan secara berpasukan yang lebih menguntungkan.

Namun, baginya mana-mana pasukan yang bijak mengambil kesempatan di atas kelekaan dan kelemahan lawan sepanjang aksi 90 minit akan memiliki kelebihan untuk menjulang Piala FA musim ini.


Trending

    Disyorkan