Sabtu, 20 Mei 2017 | 9:22am

MotoGP: Miller rekod masa terpantas


Penunggang Australia, Jack Miller pada hari pertama sesi ujian masa Grand Prix (GP) Perancis. - Foto AFP

LE MANS: Penunggang Australia, Jack Miller memadam kontroversi yang diciptanya di Jerez selepas mencatatkan masa terpantas pada hari pertama sesi ujian masa Grand Prix (GP) Perancis yang diganggu cuaca buruk di Litar Le Mans, awal pagi tadi.

Ketika di GP Sepanyol di Litar Jerez, dua minggu lalu, Miller yang juga penunggang pasukan EG 0,0 Marc VDS Honda didenda kerana menolak Alvaro Bautista yang menyaksikan kedua-dua pelumba terkeluar daripada saingan.

"Saya amat gembira untuk menamatkan hari pertama di sini, di Le Mans sebagai pelumba paling pantas dalam senarai," kata Miller.

"Ia adalah cara yang sempurna untuk bangkit daripada kekecewaan di Jerez dan saya gembira kerana saya pantas dalam pelbagai keadaan cuaca."

Penyandang juara dunia, Marc Marquez mencatat masa kedua terpantas bagi kedua-dua sesi namun situasinya berbeza dengan pendahulu kejuaraan dunia, Valentino Rossi dan rakan sepasukannya daripada Yamaha, Maverick Vinales.

Rossi melakukan masa kelapan terpantas keseluruhan dengan Vinales di tangga ke-10. - AFP

Keputusan sesi ujian bebas GP Perancis:

1. Jack Miller (AUS) EG 0,0 Marc VDS, Honda, 1'37.467 saat (s).

2. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda, Honda, 1'38.755s

3. Johann Zarco (FRA) Monster Yamaha Tech 3, Yamaha, 1'39.248s

4. Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda, Honda, 1'39.607s

5. Loris Baz (FRA) Reale Avintia Racing, Ducati, 1'40.427s

6. Karel Abraham (CZE) Pull&Bear Aspar Team, Ducati, 1'40.528s

7. Bradley Smith (GBR) Red Bull KTM Factory Racing, KTM, 1'40.817s

8. Valentino Rossi (ITA) Movistar Yamaha, Yamaha 1'40.894s

9. Alvaro Bautista (SPA) Pull&Bear Aspar Team, Ducati, 1'41.024s

10. Maverick Viñales (SPA) Movistar Yamaha, Yamaha, 1'41.307s

(Kedudukan adalah catatan terbaik selepas kedua-dua sesi latihan bebas)

ends

18 dibaca
Berita Harian X