Isnin, 29 Mei 2017 - 12:03PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Brazil panggil semula David Luiz


DAVID Luiz. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Jurulatih Brazil, Tite memanggil semula David Luiz untuk menguatkan benteng pasukan menjelang dua aksi persahabatan walaupun skuad bimbingannya menang dalam semua sembilan perlawanan tanpa pertahanan Chelsea itu.

Luiz, bekas pertahanan PSG beraksi kali terakhir untuk Brazil pada Mac 2016 ketika Dunga masih mengendalikan pasukan dan dia dipersalahkan kerana melakukan dua kesilapan yang menyaksikan mereka seri 2-2 dengan Uruguay.

Brazil dijadualkan berdepan Argentina di Melbourne serta skuad kebangsaan Australia pada 9 dan 13 Jun ini.

Sebagai pasukan yang pertama layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018, Brazil kini dilihat lebih tenang dengan merehatkan beberapa pemain utama mereka.

Bintang Barcelona dan kapten Brazil, Neymar diketepikan manakala Marcelo dan Casemiro yang bakal beraksi di pentas akhir Liga Juara Juara bersama Real Madrid serta pertahanan Juventus, Daniel Alves, juga tidak akan hadir. - AFP

Info:

Skuad Brazil

Penjaga gol: Diego Alves (Valencia), Weverton (Atlético Paranaense), Ederson (Benfica)

Pertahanan: David Luiz (Chelsea), Gil (Shandong Luneng), Jemerson (Monaco), Rodrigo Caio (São Paulo), Thiago Silva (PSG), Alex Sandro (Juventus), Fagner (Corinthians), Filipe Luís (Atlético de Madrid), Rafinha (Bayern Munich)

Pemain tengah: Fernandinho (Man City), Giuliano (Zenit), Lucas Lima (Santos), Paulinho (Guangzhou Evergrande), Philippe Coutinho (Liverpool), Renato Augusto (Beijing Guoan), Rodriguinho (Corinthians), Willian (Chelsea)

Penyerang: Diego Souza (Sport Recife), Douglas Costa (Bayern Munich), Gabriel Jesus (Man City), Taison (Shakhtar Donetsk)


Trending

    Disyorkan