Rabu, 24 Mei 2017 | 12:59am

Duterte isytihar undang-undang tentera di Mindanao


PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte. - Foto AFP

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Kota Marawi, Mindanao, selatan negara itu semalam selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera dan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Jurucakap Presiden, Ernesto Abella membuat pengumuman itu di Moscow, ketika Duterte mengunjungi negara berkenaan.

Dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen, Menteri Luar Filipina, Alan Peter Cayetano berkata, pertemuan Duterte dengan Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, hari ini dibatalkan. - Reuters

123 dibaca
Berita Harian X