Ahad, 28 Mei 2017 | 4:37pm

Tentera Filipina temui 19 mayat orang awam


TENTERA Filipina hari ini menemui 19 mayat orang awam di jalanan ketika meningkatkan serangan ke atas militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh di selatan bandar raya . - Foto REUTERS

MARAWI: Tentera Filipina hari ini menemui 19 mayat orang awam di jalanan ketika meningkatkan serangan ke atas militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh di selatan bandar raya, di sini.

Angka dilaporkan termasuk empat lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak yang ditemui dekat sebuah jalan berdekatan Universiti Mindanao di Marawi, menurut jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla.

Angka maut keseluruhan sejak pertempuran berdarah pada Selasa lalu kini meningkat 92 orang.

Seorang jurugambar AFP melihat enam mayat bergelimpangan di atas jalan raya di pinggir bandar Marawi, hari ini.


TENTERA Filipina menemui mayat penduduk kampung yang dicampak selepas dibunuh militan di tepi sebuah jalan di Marawi. - Foto EPA

Penduduk tempatan mengenal pasti mereka sebagai pekerja kilang beras dan pelajar kolej perubatan.

Herrera berkata, pihak tentera belum menyiasat laporan kematian.

Keganasan mendorong Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan Filipina pada Selasa lalu, dengan apa yang dinyatakannya sebagai peningkatan ancaman militan dikaitkan kumpulan Daesh. - AFP

272 dibaca
Berita Harian X