Rabu, 31 Mei 2017 | 1:21am
POLIS membawa mayat ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. - Foto Zaman Huri Isa

2 penjenayah mati ditembak polis


PASUKAN forensik Kota Bharu memeriksa mayat dua penjenayah yang maut ditembak polis dalam kejadian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Dua lelaki warga asing maut ditembak polis dalam kejadian di Jalan Salor Baru di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.05 malam itu, empat penjenayah yang menaiki sebuah kereta Proton Wira terserempak dengan pasukan polis di Wakaf Che Yeh sebelum memecut kenderaan mereka.

Kenderaan itu kemudiannya memasuki sebuah lorong dan berlaku kejadian berbalas tembakan sebelum dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya ditangkap.

Empat penjenayah itu terbabit dengan kes samun bank dan memiliki lapan rekod lampau serta dikehendaki pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman yang turut hadir di lokasi berkata siasatan lanjut akan dijalankan.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.


PASUKAN forensik Kota Bharu memeriksa mayat dua penjenayah yang maut ditembak polis dalam kejadian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Zaman Huri Isa

450 dibaca
Berita Harian X