Jumaat, 2 Jun 2017 | 7:01am
CALIPH Buskers bakal menghiburkan pengunjung ke Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), hari ini. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Caliph Buskers buka tirai persembahan Fiesta Muslimah BH 2017

Shah Alam: Caliph Buskers bakal menghiburkan pengunjung ke Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17) hari ini sebagai pembuka tirai persembahan karnival beli-belah selama tiga hari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Kumpulan yang mula dikenali menerusi lagu Romancinta, berduet bersama Mojo itu, akan membuat persembahan pada jam 3 petang dengan menyampaikan dua lagu popularnya.

Tampil persembahan artis

popular

Selain kumpulan terbabit yang mencipta nama menerusi lagu Hanya NamaMu itu, beberapa artis popular turut tampil menyerikan pentas persembahan sempena majlis perasmian esok.

Mereka termasuk Mawi, Wany Hasrita, Irfan Harris dan Amira Othman yang akan membuat persembahan pada hari kedua, mulai jam 12.30 tengah hari.

Peluang beramah mesra

dengan artis

Pentas FMBH '17 akan dihangatkan lagi dengan kehadiran Fina Mentor, Siti Nordiana, Syamel dan Tajul yang bakal menghiburkan pengunjung pada hari terakhir menyanyikan lagu popular masing-masing.

Selain membeli-belah persiapan Syawal, pengunjung boleh beramah mesra dengan artis popular selain menonton persembahan mereka.

Sementara itu, selain membuat persembahan, Siti Nordiana yang lebih mesra dipanggil Nana, Mawi, Ogy Ahmad Daud, Zya Zara dan Zarina Zainudin adalah artis yang membuka gerai jualan sempena fiesta ini.

42 dibaca
Berita Harian X