Rabu, 7 Jun 2017 | 6:28pm

Harga petrol, diesel turun

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel turun mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 8 Jun hingga 14 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima dan tujuh sen.

Harga runcit petrol RON95 turun lima sen kepada RM2.05 seliter manakala RON97 turun sen sen kepada RM2.31 seliter.

Harga runcit diesel turun tujuh kepada RM1.94 seliter.

Bagi minggu sebelum ini bagi tempoh 1 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.10 seliter, RON97 pada RM2.38 dan diesel RM2.01 seliter.

166 dibaca
Berita Harian X