Jumaat, 9 Jun 2017 | 5:44pm

May mengadap Ratu Elizabeth bentuk kerajaan


Theresa May

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, akan bertemu Ratu Elizabeth II hari ini untuk memohon perkenan membentuk kerajaan baharu, kata jurucakapnya.

May akan mengunjungi Istana Buckingham pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan sebagai pemimpin parti Konservatif, yang menang kebanyakan kerusi pada pilihan raya tetapi hilang majoriti Parlimen. - AFP

75 dibaca
Berita Harian X