Jumaat, 9 Jun 2017 | 9:54pm

ANIH Berhad agih pek makanan


HAFIZAH (tengah) mengagihkan pek buka puasa kepada pengguna di kawasan rehat dan rawat Temerloh. - Foto Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Saman

TEMERLOH: ANIH Berhad mengagihkan 1,000 pek juadah berbuka puasa kepada pengguna lebuh raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sini, hari ini.

Syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu turut mengagihkan 1,000 pek juadah berbuka puasa kepada pengguna lebuh raya di kawasan R&R Genting Sempah pada sesi pertama, 2 Jun lalu.

Ketua Unit Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kumpulan berkenaan, Hafizah Mohd Sabri, berkata program CSR sempena Ramadan itu adalah aktiviti tradisi tahunan syarikat.

Bagaimanapun, katanya, pengagihan pek makanan berbuka kepada pengguna di kawasan R&R adalah pertama kali dilakukan.

"Sebelum ini, kita mengagihkan pek kuih raya kepada pengguna di plaza tol beberapa hari sebelum Aidilfitri.

"Tahun ini kita agihkan pek juadah berbuka puasa di R&R dengan dua lokasi tumpuan dan paling kerap dilalui pengguna iaitu di R&R Genting Sempah dan R&R Temerloh," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Beliau berkata, program bertujuan menghargai pengguna lebuh raya terutama sempena Ramadan dan Aidilfitri.

"Kita harap dapat membantu pengguna lebuh raya yang tidak sempat berbuka dan tiba ke destinasi dengan selamat," katanya.

Hafizah berkata, ANIH Berhad turut mengedarkan 20,000 pek kurma kepada pengguna LPT 1 sepanjang Ramadan di Plaza Tol Gombak dan Karak.

133 dibaca
Berita Harian X