Isnin, 19 Jun 2017 | 2:26pm

FGV: Isa Samad letak jawatan


TAN Sri Isa Samad. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi berkuatkuasa hari ini.

Sementara itu, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV, juga berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Isa berhenti sebagai Pengarah Dilantik Kerajaan dan beliau akan memberi tumpuan kepada urusan peribadi.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta.

147 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »