Isnin, 19 Jun 2017 | 10:49pm

Sedania Innovator sasar lonjakan pendapatan

KUALA LUMPUR: Sedania Innovator Bhd menyasar untuk melonjakkan pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melalui pembelian pembekal platform teknologi kewangan Islam (fintech), Sedania As-Salam Capital (SASC) pada harga RM12 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata pertimbangan belian itu akan dipenuhi melalui pemberian tunai berjumlah RM4 juta dan penerbitan saham baharu sebanyak RM8 juta melalui penerbitan saham baharu 25.8 juta pada harga 31 sen setiap satu.

"Pengambilalihan ini dijangka selesai dalam suku ketiga 2017 dan menyumbang secara positif kepada kumpulan dari separuh kedua 2017 dan seterusnya," katanya.

Di bawah pengambilalihan itu, SASC akan menyediakan jaminan keuntungan minimum RM1.5 juta setahun bagi tahun kewangan 2017 dan 2018.

Sedania Innovator berkata, ia juga secara aktif terbabit dengan pelbagai institusi kewangan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain fintech yang terulung di Malaysia dalam sektor perbankan Islam. - BERNAMA

32 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »