Isnin, 19 Jun 2017 | 10:56pm

4 banduan korek terowong bolos penjara di Bali


GAMBAR fail, Penjara Kerobokan, Denpasar. - Foto EPA

DENPASAR: Polis Indonesia memburu empat banduan warga asing yang melarikan diri dari penjara sesak di Bali, dengan merangkak melalui terowong sempit yang digali di bawah dinding, kata pihak berkuasa, hari ini.

"Kami mengesyaki suspek mengorek terowong seluas 50x75 sentimeter persegi dan sepanjang kira-kira 12 meter itu dalam masa seminggu," kata Ketua Penjara Kerobokan, Tony Nainggolan.

Beliau yakin lelaki berkenaan, warga negara Australia, Shaun Edward Davidson, Dimitar Nikolov Iliev (Bulgaria), Sayed Muhammad Said (India) dan Tee Kok King (Malaysia) masih ada di Bali dan berada tidak jauh dari penjara.

Jurucakap polis Bali, Hengky Widjaja berkata, mereka menjalani hukuman penjara selepas disabit kesalahan melanggar peraturan imigresen dan jenayah dadah. - REUTERS

49 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »