Isnin, 26 Jun 2017 - 6:29PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Bekas pelajar MRSM Seremban 86-87 rai anak yatim


Sebahagian kanak-kanak Rumah Kasih Sayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang, menikmati juadah pada majlis berbuka puasa anjuran bekas pelajar MRSM Seremban 86-87.

RAWANG: Lebih 100 anak yatim dan asnaf serta penjaga Rumah Kasih Sayang (RKS) di Bandar Tasik Puteri, di sini, diraikan pada majlis berbuka puasa.

Selain berbuka bersama, kanak-kanak terbabit juga menerima duit raya daripada bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Seremban 86-87 di samping bantuan wang tunai, televisyen serta barangan lain.

Presiden Alumni MRSM Seremban 86-87, Jumary Jaapar, berkata selain berkongsi kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba, aktiviti itu bertujuan merapatkan silaturahim ahli alumni.

"Alhamdulillah, kami berharap aktiviti begini dapat menceriakan anak-anak ini, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.

"Dalam kesibukan masing-masing, kita tidak harus melupakan mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak ini," katanya.

Sebahagian kanak-kanak Rumah Kasih Sayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang, menikmati juadah pada majlis berbuka puasa anjuran bekas pelajar MRSM Seremban 86-87.

Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan