Sabtu, 17 Januari 2015 | 11:37am

H7N9: Dua maut di Fujian


CHINA berhadapan dengan masalah selesema burung sejak beberapa tahun lalu dan jangkitan baharu sering berlaku pada bulan musim sejuk. - Foto fail AFP

SHANGHAI: Dua orang maut di wilayah Fujian, China akibat selesema burung H7N9, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Wilayah itu mencatatkan 15 kes H7N9 yang disahkan setakat tahun ini manakala wilayah Jiangxi dan Zhejiang serta Shanghai turut melaporkan kes berkenaan pada musim sejuk kali ini.

China berhadapan dengan masalah selesema burung sejak beberapa tahun lalu dan jangkitan baharu sering berlaku pada bulan musim sejuk.

Menurut WHO, virus H7N9 berjangkit antara unggas tetapi tiada bukti ia berjangkit sesama manusia.

H7N9 pertama kali menjangkiti tiga orang di China pada Mac 2013. Sejak itu, ia menjangkiti lebih 450 orang dan membunuh lebih 170 orang. - Reuters

87 dibaca
Berita Harian X