Sabtu, 15 Julai 2017 | 12:50am

EPL: Kyle Walker kini milik City


KYLE Walker. - Foto AFP

LONDON: Manchester City melengkapkan perpindahan pertahanan England, Kyle Walker dari Tottenham Hotspurs dengan kontrak selama lima tahun, sebentar tadi.

"Manchester City berbesar hati untuk mengumumkan kami menandatangani pemain antarabangsa England, Kyle Walker.

"Bek kanan itu menyertai City dari Tottenham Hotspur dengan kontrak lima tahun dan bakal menyarung jersi nombor dua," kata pasukan itu menerusi satu kenyataan di laman rasmi pasukan itu.

Media British melaporkan nilai perpindahan pemain berusia 27 tahun itu mencecah 50 juta pound (RM280 juta) sekali gus menjadikannya pertahanan termahal di dunia bersama David Luiz yang meninggalkan Chelsea untuk menyertai Paris Saint Germain pada 2014.

Reuters

307 dibaca
Berita Harian X