Khamis, 2 April 2015 | 12:53am
KIRA-KIRA 30 penumpang Rapid KL nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbakar

Bas RapidKL terbakar, 30 penumpang nyaris maut

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 penumpang Rapid KL nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di Jalan Ipoh, berhampiran Pasar Borong Selayang, di sini, malam tadi.

Kemalangan jiwa dapat dielakkan hasil tindakan pantas pemandu yang memberhentikan bas berkenaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun selepas menyedari sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu pada kira-kira jam 9 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 17 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah, Jinjang dan Gombak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.10 malam.

"Ketika bomba tiba, api sudah pun marak membakar 90 peratus bahagian bas. Bagaimanapun, api dapat dikawal dalam tempoh dua minit.

"Semua penumpang berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pasukan forensik bagi mengenal pasti punca kejadian.

107 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »