Khamis, 2 April 2015 | 11:58am

Dividen SSPN-i tahun lalu, 4.25 peratus

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun 2014 sebanyak 4.25 peratus.

Beliau berkata, pembayaran dividen itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50.56 juta.

Dividen itu lebih tinggi berbanding kadar simpanan tetap yang ditawarkan majoriti institusi kewangan di negara ini.

"Kadar dividen yang tinggi ini diharap dapat menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih ramai pembuka akaun serta penambahan deposit," katanya pada Majlis Pelancaran Cabutan Hadian SSPN-i 2015, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Hingga 28 Februari lalu, SSPN-i mempunyai seramai 2.2 juta akaun dengan jumlah deposit RM1.6 bilion.

126 dibaca
Berita Harian X