Rabu, 17 September 2014 | 6:48pm
KETUA jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola ketika sidang media menjelang perlawanan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City di Munich.

Ribery terlepas aksi temu Man City

MUNICH: Bintang Perancis, Franck Ribery terlepas perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah bersama Bayern Munich menentang Manchester City, awal pagi ini akibat masalah kecederaan lutut.

Perkara itu disahkan jurulatih Bayern, Pep Guardiola yang mengatakan pemain tengah itu tidak akan disenaraikan namun seorang lagi bintangnya, Arjen Robben berpotensi untuk beraksi.

Ribery tidak menjalani sesi latihan Bayern pada Isnin sekalipun membuat penampilan pertamanya musim ini, dua hari sebelum itu ketika menentang Stuttgart dalam kempen Bundesliga.

Robben ketika ini turut bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut namun Guardiola berkata: "Dia berlatih dengan amat baik sejak beberapa hari lalu."

Beberapa pemain tengah Bayern antaranya Javi Martinez, Bastian Schweinsteiger dan Thiago Alcantara juga berdepan masalah lutut dan tidak boleh beraksi.

Manakala pemain gantian, Holger Badstuber koyak tendon paha kiri ketika aksi menentang Stuttgart.

Ini adalah kali ketiga Bayern diundi bersama City dalam empat musim. - AP

55 dibaca
Berita Harian X