Isnin, 6 Julai 2015 | 3:24pm
ROZAIMI parah selepas keretanya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama di sini hari ini.
KASUT bola milik Rozaimi.
ROZAIMI ketika menjalani latihan bersama pasukan Harimau Muda di padang Wisma FAM, Mac lalu. - Foto Surianie Mohd Hanif

Rozaimi parah, langgar pokok di KK

KOTA KINABALU: Penyerang skuad Liga Perdana Sabah, Rozaimi Abdul Rahman cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pada jam 1.40 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, anak saudaranya yang juga bekas pemain bawah 19 tahun Sabah, Awangku Mohd Faris masih belum sedar dan masih menerima rawatan di ICU, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2).

Difahamkan Rozaimi, 23 cedera teruk di kepala manakala Faris yang memandu kereta jenis Honda Civic terbabit turut parah di kepala.

Rozaimi yang juga penyerang kebangsaan dan Harimau Muda sebelum ini pernah disenarai antara 10 Pemain Terbaik Asia pada 2012 oleh penyiaran sukan terkemuka, ESPN.

Penyenaraian namanya itu disebabkan aksi cemerlangnya ketika kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar pada 2012 apabila berjaya menjaringkan 10 gol.

Selain itu, kemampuan Rozaimi turut diiktiraf apabila menggondol Anugerah Pemain Harapan Negara pada 2012.

184 dibaca
Berita Harian X