Khamis, 9 Julai 2015 | 11:06am
Robin van Persie

EPL: Van Persie semakin dekat di hati Fenerbahce

LONDON: Fenerbahce berharap dapat mencapai persetujuan dengan Manchester United berhubung pembelian Robin van Persie selepas perbincangan lanjut mengenainya diadakan semalam.

Kelab Turki itu sebelum ini menawarkan sebanyak STG4.7 juta (RM27.4 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun itu yang ditawarkan kontrak selama tiga tahun dan pilihan tambahan setahun.

United meletakkan nilai pemain itu yang kini mempunyai baki kontrak selama setahun sebanyak STG10 juta (RM58.4).

Kelab dari Old Trafford itu menegaskan belum ada perjanjian dipersetujui sehingga hujung minggu lalu, namun pemain Belanda itu difahamkan sudah menimbangkan untuk berpindah berbanding mengambil risiko terus tersisih daripada skuad The Red Devils pada musim depan.

Van Persie menyertai United daripada Arsenal pada Ogos 201 dengan bayaran perpindahan sebanyak STG24 juta (RM140.1 juta). - AGENSI

46 dibaca
Berita Harian X