;
Selasa, 14 Julai 2015 | 10:37am

EPL: Cavani, Benteke sasaran United ganti Van Persie


PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani.

LONDON: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani kini menjadi `sasaran utama' Manchester United bagi menggantikan Robin van Persie, menurut laporan The Guardian.

Bintang Uruguay itu mula dikaitkan dengan skuad The Red Devils pada musim panas ini, selepas penyerang Belanda itu hampir pasti berpindah ke kelab gergasi Turki, Fenerbahce, sebelum ini.

Pengendali pasukan United, Louis van Gaal dilaporkan turut berminat mendapatkan penyerang Aston Villa, Christian Benteke, namun Guardian dilaporkan berkata pemain Belgium itu masih menjadi buruan utama Liverpool.

Oleh kerana itu, bintang PSG berkenaan lebih menarik minat Van Gaal untuk diletak sebagai sasaran pertama.

"Edinson Cavani adalah sasaran utama Manchester United untuk menggantikan Robin van Persie," menurut The Guardian.

"Liverpool lebih berminat mendapatkan Christian Benteke berbanding United. Nama Benteke ada dalam senarai United, dan memang wujud minat di sana. Namun dia bukanlah yang paling atas dalam senarai itu,". - AGENSI

80 dibaca
Berita Harian X