Ahad, 19 Julai 2015 | 11:05am
SEBUAH bas ekspres terhumban ke lereng bukit di KM436 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Hentian Sebelah Rawang jam 6.30 pagi tadi. - Foto NSTP

7 cedera bas terhumban ke lereng bukit


SEBUAH bas ekspres terhumban ke lereng bukit di KM436 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Hentian Sebelah Rawang jam 6.30 pagi tadi. - Foto NSTP

RAWANG: Lima penumpang dan dua pemandu bas cedera apabila sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran Hentian Sebelah Rawang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, bas yang menghala ke ibu negara dari Ipoh, Perak dikatakan terbabas sebelum terhumban di tepi lereng bukit.

Jurucakap bomba berkata, tiga mangsa tersepit di dalam bas sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian pada jam 7.11 pagi.

"Hanya ada lima penumpang dan dua pemandu bas ketika kejadian. Kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain, manakala semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan," katanya.

248 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »