Ahad, 26 Julai 2015 | 8:32am

19 maut serangan bom nekad di utara Cameroon

YAOUNDE: Sekurang-kurangnya 19 maut dalam satu serangan bom nekad di Maroua, utara Cameroon, tiga hari selepas kejadian dua letupan bom yang didalangi kumpulan Boko Haram.

Penduduk berkata, pengebom berani mati seorang wanita memasuki sebuah bar di kawasan perumahan di Pont Vert kira-kira jam 7.50 malam waktu tempatan.

Seorang pegawai kanan tentera di Maroua memberitahu Reuters, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala 62 lagi cedera dalam kejadian itu.

Stesen televisyen Cameroon melaporkan, pengebom terbabit adalah seorang remaja perempuan.

Seorang saksi berkata, jumlah kematian boleh meningkat lebih 30 orang kerana ketika kejadian bar berkenaan dipenuhi pengunjung.

Tiga hari lalu, dua letupan bom menyebabkan 13 orang terbunuh manakala 32 lagi cedera apabila kumpulan militan Boko Haram dari Nigeria dilaporkan mula memasuki negara jirannya itu. - Reuters

77 dibaca
Berita Harian X