Selasa, 4 Ogos 2015 | 12:05am
ANTARA koleksi rantai dan gelang dari koleksi Winter Gardens. - Foto Shiraz Ali

Inspirasi keindahan


MODEL memperagakan koleksi Winter Gardens yang mengambil inspirasi daripada alam semula jadi dan keindahan. - Foto Shiraz Ali

SETIAP kali musim tiba, Swarovski tidak pernah gagal dalam membentangkan koleksi untuk penggemarnya. Bukan saja tampil eksklusif tetapi mencipta kelainan sempena musim luruh/sejuk 2015/2016 kali ini.

Peka kepada keperluan wanita moden yang cintakan gaya, jenama ini melahirkan puluhan kilauan koleksi selaras dengan aliran masa kini.

Sempena musim ini, jenama ini memberi sentuhan glamor dan berkilauan menerusi koleksi Winter Gardens yang di inspirasi daripada alam semula jadi serta keindahan.


PEMILIHAN rona warna lembut dan garang memperlihatkan lagi keindahan koleksi Winter Gardens. - Foto Shiraz Ali

Paparan nilai kewanitaan

Kelahiran koleksi barang kemas itu melambangkan nilai kewanitaan dan romantik. Menerusi proses reka bentuk paling kreatif, jenama ini berusaha mengubah permata kepada konsep moden, namun masih mengekalkan keasliannya.

Inspirasi alam itu melahirkan loket dengan olahan motif bunga musim gugur dan buah serta mengangkat kupu-kupu sebagai salah satu idea kreatif kelahirannya.

Lebih menawan, koleksi istimewa ini sesuai digayakan dalam apa juga majlis. Rekaan cukup sederhana dan ringkas tetapi begitu organik serta asli.

Setiap satu rekaannya juga begitu tulen dan kontemporari walaupun banyak mengambil inspirasi daripada alam semula jadi. Antara ilham yang paling ketara dalam seni reka logam ini adalah keindahan taman Inggeris dan ia sungguh antik sekali.


SESI fotografi bersama Pengarah Swarovski Singapura, Aymeric Lacroix (tiga dari kiri) dan Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Lena Loo (tiga dari kanan). - Foto Shiraz Ali

Warna batu memikat

Pemilihan rona warna lembut dan garang seperti biru muda, merah, hitam memperlihatkan lagi keindahan koleksi ini.

Lengkap untuk menjadikan anda wanita bergaya, rekaan cincin, subang klip serta rantai leher begitu ekslusif dengan pelbagai rupa bentuk yang jarang dan tidak terfikir untuk dinikmati mata.

Jika tercari-cari kelainan untuk menjadi wanita anggun, Swarovski pilihan tepat anda. Temui identiti anda menerusi permata berkualiti ini hanya daripada Swarovski.


ANTING-ANTING dari koleksi Winter Gardens. - Foto Shiraz Ali
24 dibaca
Berita Harian X