Jumaat, 18 September 2015 | 10:55am

MITI, MATRADE, SIRIM bekerjasama anjur program 'Export Groom Big'

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjalin usaha sama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan SIRIM Bhd bagi menganjurkan program 'Export Groom Big'.

Dalam satu kenyataan, MITI berkata, program empat hari itu yang bermula hari ini, dianjurkan sempena Ekspo ASEAN-China (CAEXPO) 2015 di Nanning, China.

"Sebanyak 19 syarikat dalam sektor makanan dan minuman menyertai CAEXPO 2015, yang merupakan platform bagi mempromosi dan membangunkan pasaran baharu di luar negara, peluang meluaskan rantaian perniagaan serta potensi jualan produk kepada pedagang di luar negara.

"Pembabitan syarikat tempatan pada pameran itu juga akan membantu menyumbang dalam bentuk jumlah eksport produk halal Malaysia yang kini bernilai RM32 bilion," katanya.

Antara syarikat yang menyertai CAEXPO 2015 ialah Hajjah Aminah Food Industries Sdn Bhd, Fikrisz (M) Sdn Bhd dan Lina Karmila Cookies Worldwide (M) Sdn Bhd. - BERNAMA

112 dibaca
Berita Harian X