Selasa, 30 September 2014 | 10:57am
Garmin Forerunner 15 dengan tanda harga dari RM650 seunit.
Forerunner 15 didatangkan dalam lima pilihan warna.

Garmin Forerunner 15: Merekod aktiviti kecergasan

Garmin Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Forerunner 15 iaitu jam aktiviti berlari GPS dengan keupayaan merekod semua tahap aktiviti kecergasan setiap hari.

Garmin Forerunner 15 memberi motivasi kepada pelari dengan merekod jarak, kelajuan, kalori, rekod peribadi dan kadar degupan jantung.

Bagi memastikan pelari mengekalkan aktiviti di antara senaman, Forerunner 15 turut mengesan aktiviti harian, jumlah langkah dan kalori yang dibakar pada setiap hari. Ia juga mengingatkan pengguna jika mereka duduk terlalu lama.

Jam ini sangat sesuai untuk sesi latihan kecergasan di dalam atau di luar dewan manakala aksesori 'foot pod' boleh digunakan jika anda berlari di atas mesin pengisar injakan (treadmill).

Naib Presiden Jualan Antarabangsa Garmin, Dan Bartel, berkata Forerunner 15 boleh dianggap sebagai jam kecergasan paling murah di pasaran kerana turut dilengkapi keupayaan GPS dan pemantau kadar degupan jantung serta food pod untuk mengesan kadar pergerakan harian.

"Forerunner 15 adalah aset berpatutan yang wajar dimiliki pengguna bagi mengukur dan meningkatkan kadar senaman yang dibuat dan tahap kecergasan harian mereka," katanya.

Anda boleh menyasarkan matlamat kecergasan di antara senaman dengan memantau jumlah langkah, kalori yang dibakar dan jarak dengan pengesan aktiviti yang terdapat pada Forerunner 15.

Kajian yang dibuat menunjukkan masa tidak aktif terlalu lama seperti duduk di tempat kerja, boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan melainkan bersenam setiap hari. Jalan kaki dengan jarak yang pendek tetapi kerap boleh mengubah keadaan.

Garmin Forerunner 15 bukan hanya membantu pengguna menyimpan matlamat larian mereka tetapi boleh membantu mewujudkan tabiat kesihatan dan kekal aktif di antara senaman. Malah ia mempunyai ciri peringatan supaya mula bergerak selepas sejam tanpa sebarang aktiviti dan kemudiannya dikemaskini selepas beberapa minit berjalan.

Forerunner 15 boleh dipakai sepanjang hari kerana jangka hayat bateri boleh bertahan hingga lima minggu dalam mod jam, pengesan aktiviti atau hingga lapan jam dalam mod GPS.

Forerunner 15 mencetuskan inspirasi kepada pelari untuk mengikat tali jam dan berlepas sambil mudah menggunakan empat butang utama mesra pengguna yang merekod maklumat, catatan masa terkini dan maklumat lebih khusus bagi memenuhi keperluan mereka.

Menerusi jam ini yang kalis air hingga sedalam 50 meter, pelari boleh melihat maklumat terkini berkaitan jumlah langkah mereka dengan pilihan sama ada memilih jumlah pusingan dan langkah purata pada waktu hujan atau cerah.

Maklumat pusingan Forerunner 15 akan memberi motivasi sebelum setiap kilometer apabila secara automatik mengingatkan pelari menerusi bunyi beep mesra dan pancaran lampu di belakang jam setiap kali satu kilometer ditamatkan.

Jarak laluan trek dan langkah dalam dewan boleh diseragamkan dengan Forerunner 15 dengan menggunakan foot pod bagi menjadikan sesi bersenam dan latihan dalam dewan lebih mudah dan tepat berbanding sebelumnya.

Apabila dihubungkan dengan Mac atau komputer peribadi, pengguna boleh memuat naik aktiviti mereka menggunakan Garmin Connect, komuniti kecergasan percuma secara dalam talian bagi menganalisis tahap perkembangan latihan, meletakkan matlamat dan berkongsi aktiviti dengan pengguna Garmin Connect atau laman web media sosial.

Selepas selesai berlari, periksa perkembangan untuk menetapkan matlamat harian, menilai kadar degup jantung dan menyertai cabaran menerusi dalam talian sekali gus mencetus motivasi untuk meneruskan aktiviti sepanjang hari.

Forerunner 15 yang ditawarkan dengan lima pilihan warna, didatangkan dengan tanda harga RM650 manakala RM850 adalah pembelian pakej bersama Tali Pengukur Degup Jantung yang dipakai di dada.

Forerunner 15 semestinya keluaran terbaharu Garmin yang meluaskan segmen kecergasan dengan memberi tumpuan terhadap teknologi pembangunan dan inovasi bagi meningkatkan tahap kecergasan pengguna dan mempromosi gaya hidup sihat serta aktif.

Tidak kira sama ada berlari, berbasikal atau aktiviti kecergasan lain, peranti kecergasan Garmin kini semakin diperlukan sama ada dalam kalangan atlet amatur mahupun elit.

Untuk maklumat lebih lanjut dan spesifikasi serta maklumat lain mengenai produk kecergasan Garmin dan perkhidmatan selepas jualan, sila layari www.aeco.com.my atau www.facebook.com/GarminMalaysia.

INFO:

Forerunner 15

Resolusi paparan: 55 x 32 piksel

Skrin sesentuh: Tiada

Berat (kecil): 36 gram; besar 43 gram

Bateri: lithium-ion boleh caj semula

Jangka hayat bateri: lima minggu dalam mod jam; 8 jam dalam mod latihan

Keupayaan GPS: Ya

Harga: RM650 (jam sahaja); RM850 (bersama Tali Pengukur Degup Jantung)

208 dibaca
Berita Harian X