Sabtu, 24 Oktober 2015 | 11:10am

Che Ta bawa jurugambar ketika bercuti


ROZITA bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana di London. - Foto ihsan instagram Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR: Umum tahu, Rozita Che Wan sejak dulu lagi kerap bercuti ke luar negara. Ketika ini, Rozita sedang bercuti di London bersama suami Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang akan genap setahun pada 1 November ini.

Rozita juga sudah merancang meraikan sambutan hari lahir anaknya pada tarikh berkenaan di ibu kota dan percutian ke London itu umpama hadiah pra hari lahir buat Aaisyah. Cuma kali ini, percutian mereka turut disertai seorang jurugambar.

Ditanya keputusan membawa jurugambar ke London itu, Rozita berkata, ia bagi memudahkan setiap momen mereka dapat diabadikan dari sudut dan teknik terbaik. ..bertuah setiap jurugambar yang dibawa Rozita kerana ditaja tiket penerbangan dan penginapan.

Mengulas lanjut, Che Ta berkata, kini dia mahu membawa jurugambar setiap kali bercuti.

"Senang cerita, kita bercuti ini cukup pose sahaja dan ada orang ambilkan gambar. Nak harap ambil gambar sendiri, nanti macam-macam boleh jadi dan serba tak kena. Gambar sengetlah ...itulah ...inilah. Tak payah nak pegang telefon bimbit atau kamera. Kita serahkan kepada yang pakar," katanya.

Dalam pada itu, satu majlis bertemakan Enchanted Garden Party dengan mewajibkan tetamu datang dengan pakaian serba putih dan coklat bersempena hari lahir Aaisyah sudah dirancang Rozita sejak beberapa minggu lalu.

546 dibaca
Berita Harian X