Sabtu, 24 Oktober 2015 | 7:57pm

Jenazah dua beradik rentung selamat dikebumi


AHLI keluarga mangsa menunggu di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka untuk menuntut jenazah dua beradik perempuan Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, bersama adiknya Nur Qalesya Balqis Rosghazali, 6, selepas kejadian kebakaran di Taman Tanjung Minyak, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Dua beradik perempuan yang rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan TM6, Taman Tanjung Minyak, di sini, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Minyak, kira-kira jam 7 malam tadi.

Lebih 50 ahli keluarga terdekat dilihat menghadiri majlis pengebumian Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7 dan Nur Qhalishah Balqis, 6.

Terdahulu,jenazah dua beradik berkenaan dibawa ke rumah datuknya untuk solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, semalam, dua beradik itu ditemui rentung dalam keadaan berpelukan akibat kebakaran di rumah mereka.

269 dibaca
Berita Harian X