Khamis, 29 Oktober 2015 | 10:25am

Nintendo tangguh lancar permainan video telefon pintar


KETUA Pegawai Eksekutif Nintendo Co, Tatsumi Kimishima. - Foto REUTERS

TOKYO: Nintendo Co, syarikat permainan video terbesar dunia umum menangguhkan pelancaran permainan untuk telefon pintar kepada Mac 2016.

Pengenalan kemudahan permainan video itu telah diumumkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang meninggal dunia awal tahun ini.

Berita penangguhan pelancaran produk baharu itu bagaimanapun menyebabkan saham Nintendo jatuh 10 peratus dalam awal dagangan hari ini.

Nintendo sebelum ini merancang memperkenalkan permainan pertamanya menerusi telefon pintar menjelang hujung tahun ini.

Peminat permainan video seluruh dunia teruja dengan pengumuman itu dan berharap permainan popular seperti Mario, menjadi antara yang terawal ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tatsumi Kimishima, bekas pegawai bank yang mengambil alih jawatan itu pada September, berkata penangguhan pelancaran servis permainan video menerusi telefon pintar ditangguhkan bagi memastikan produk itu benar-benar stabil bila dilancarkan. - Reuters


SUPER Mario Bros antara permainan Nintendo.

Berita Harian X