Rabu, 11 November 2015 | 8:30pm
TANAH runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi kira-kira 7 malam tadi. - Foto ihsan Lembaga Lebuhraya Malaysia

Tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya KL-Karak


TANAH runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi kira-kira 7 malam tadi. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tanah runtuh di Kilometer (KM) 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi kira-kira 7 malam tadi.

Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata semua laluan terhalang ketika ini.

"Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas," kata Twitter itu.

Katanya, laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.

255 dibaca
Berita Harian X