Ahad, 5 Oktober 2014 | 3:44pm

Arsene Wenger puji naluri 'pembunuh' milik Diego Costa


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger. - Foto AP

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan Diego Costa sebagai "pembunuh" dan akur penyerang Chelsea itu satu ancaman besar kepada pasukannya apabila kedua-dua pasukan gergasi ini bertembung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Kedua-dua kelab belum ditewaskan lagi walaupun Chelsea berada enam mata atas The Gunners.

Costa - pemain yang dibeli dari Atletico Madrid dengan harga STG32 juta (RM160 juta) musim panas ini sudah meledakkan lapan gol daripada enam perlawanan pertama EPL.


PENYERANG Chelsea, Diego Costa. - Foto AP

"Costa memiliki aspek yang anda kagumi. Dia sentiasa fokus dan sentiasa memiliki kesungguhan dan sedia untuk bersaing," kata Wenger.

"Dia sudah melakukan tugasan menakjubkan dan adalah pemain paling bahaya.

"Rentak dia bagus dan ada kesungguhan untuk membuat penyudah tajam. Anda boleh rasakan dia seorang 'pembunuh' apabila dia berada di depan gol," katanya. - BBC Sports

128 dibaca
Berita Harian X