Isnin, 11 September 2017 | 1:32pm
TUNKU Zain Al Abidin Tunku Muhriz (kanan) menunjukkan gambar gambar lama sepanjang kemerdekaan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Pameran Jalan Merdeka dilanjut hingga akhir Oktober

KUALA LUMPUR: Pameran Jalan Merdeka: Melintasi Laluan Menuju Kemerdekaan di Carcosa dan Seri Negara di sini, akan dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.

Asian Heritage Museum Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata, waktu pembukaan pameran dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

"Pada hujung minggu Hari Malaysia, iaitu 16 dan 17 September, kami akan mempersembah pelbagai kegiatan seperti Hari Malaysia bermula 8.30 pagi hingga 1 tengah hari pada hari pertama.

"Program Jalan Kaki Persatuan Pencinta Alam dan Lawatan Seni Bina Pertubuhan Arkitek Malaysia pula bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala Kuiz Pameran Perpustakaan Negara Malaysia di Verandah Seri Negara pada jam 2 petang.

"Orkestra Sekolah-Sekolah Cempaka (Rampaian Lagu-Lagu Rakyat Malaysia) dan Persembahan Vokal Solo di Seri Negara Drawing Room, jam 2.30 hingga 5 petang serta Penayangan Dokumentari 3 (Seri Negara Signing Room, 4.30 petang)," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Imagined Malaysia Forum 2: Can We Retell Malaysian History From Below? akan diadakan di Negara Signing Room, jam 7 malam, sebelum diikuti Konsert Khas oleh Ushera (Seri Negara Drawing Room, 8.30 malam).

"Pada 17 September pula, acara yang akan berlangsung ialah Wayang Pacak di Seri Negara Lawn dan Melukis Carcosa: Mengembalikan Kemegahannya di Carcosa, jam 8.30 pagi, manakala Jalan Kaki Persatuan Pencinta Alam pada jam 1 tengah hari.

"Pameran Robotik oleh Roboticist akan diadakan di Seri Negara Drawing Room, jam 2.30 petang dan Bengkel Joget dan Inang Kanak-Kanak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Seri Negara Signing Room, jam 5 petang, selain Nyanyian Bersama Dengan Philharmonic Society of Selangor (Seri Negara Drawing Room)," katanya.

Maklumat lanjut lawati laman Facebook (@jalan1957) dan Instagram (@jalanmerdeka).

104 dibaca
Berita Harian X