Isnin, 17 Julai 2017 | 2:05pm

Aksi PKNP-NS esok di Stadium Proton, Tanjung Malim

KUALA LUMPUR: Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) hari ini, meluluskan permohonan PKNP FC untuk gelanggang baharu Piala Malaysia melawan Negeri Sembilan (NS) esok.

FMLLP dalam satu kenyataan hari ini berkata, perlawanan itu akan diadakan di Stadium Proton, Tanjung Malim dengan masa sepak mula adalah pada jam 4.45 petang.

Perlawanan itu sebelum ini dijadual berlangsung di Stadium Perak, Ipoh namun terpaksa ditukarkan kerana didapati padang di situ berada dalam keadaan yang tidak memuaskan sekali gus kurang sesuai untuk perlawanan bola sepak.

"FMLLP mengarahkan Stadium Perak, Ipoh ditutup selama tujuh hari bermula selepas perlawanan Liga Perdana antara PKNP FC dan Johor Darul Ta'zim II pada 14 Julai hingga 21 Julai, " menurut kenyataan itu.

BERNAMA

651 dibaca
Berita Harian X