Sabtu, 12 Ogos 2017 | 3:53pm
AHMAD Khairil Anuar Ahmad Zamri (kanan) dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah (dua dari kanan) antara yang digugurkan daripada senarai 28 pemain bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) yang akan beraksi di Sukan SEA KL2017. - Foto Osman Adnan

FAM muktamadkan 20 pemain skuad Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Lapan pemain bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) yang akan beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) digugurkan daripada senarai 28 pemain seperti diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Pemain berkenaan ialah Amierul Hakimi Awang, Raphi Azizan Mariappen, Danial Ashraf Abdullah, Sean Eugene Selvaraj, Dominic Tan, Tommy Mawat Bada, Ahmad Azriddin Rosli dan Ahmad Khairil Anuar Zamri.

Sementara itu, baki 20 pemain yang akan menyertai pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee dari 14 Ogos hingga 29 Ogos nanti ialah Ifwat Akmal Che Kassim,

Haziq Nadzli, Matthew Davies, Syahmi Safari, Adib Zainuddin, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin dan Syazwan Andik Ishak.

Ariff Farhan Md Isa, Amirul Hisyam Awang Kechik, Daniel Amier Norhisham, Nor Azam Abdul Azih, Jafri Firdaus Chew, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid, N Thanabalan, Safawi Rasid, S Kumaahran dan Syazwan Zaipol Bahari melengkapkan senarai 20 pemain berkenaan.

Berita penuh menyusul.

4472 dibaca
Berita Harian X