Ahad, 17 September 2017 | 11:35pm
DATUK Muhammad Nasir Hamzah. - Foto Muhammad Sulaiman

Akur keputusan perwakilan - Muhammad Nasir

KOTA BHARU: Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang tewas dengan Bibi Ramjani Ilias Khan bagi merebut jawatan Presiden KAFA, menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

Muhammad Nasir yang juga bekas Naib Presiden KAFA turut akur dengan perwakilan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang memilih Bibi Ramjani.

"Saya ucapkan tahniah kepada Presiden baharu, Bibi Ramjani dan barisan kepimpinan yang terpilih kali ini.

"Malah, saya harap barisan kepimpinan yang baru dilantik dapat memacu The Red Warriors (TRW) kembali berdaya saing dan kembali di tahap cemerlang musim hadapan," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau mengharapkan TRW menjadi profesional tanpa mengira siapa pun yang mengetuai badan induk persatuan bola sepak negeri itu.

Pada Kongres Tahunan KAFA ke-63 yang berlangsung di Perdana Resort, Muhammad Nasir memperoleh 19 undi manakala Bibi Ramjani memperoleh 32 undi.

3618 dibaca
Berita Harian X