Selasa, 17 April 2018 | 11:55am
AKSI pemain tengah Napoli, Marek Hamsik (kiri) diasak pemian AC Milan pada saingan Serie A di Giuseppe Meazza pada 15 April lalu. - Foto EPA-EFE

Napoli mahu tangguhkan pesta Juventus

MILAN: Impian Napoli untuk menjulang trofi Serie A masih tidak menentu walaupun jika mereka menang ke atas Udinese esok, (Rabu) kerana ia akan ditentukan dalam pertarungan sebenar menentang Juventus, hujung minggu ini.

Jika menang, Napoli yang berada di tangga kedua liga mampu mengendurkan kemaraan Juventus yang mahu memburu gelaran Sirie A ketujuh berturut-turut pada musim ini.

Sepanjang minggu ini, majoriti pasukan akan menempuh dua perlawanan tetapi gelaran akan ditentukan pada Ahad ini - membabitkan pertembungan antara Juventus dan Napoli di Stadium Allianz.

Ketika ini, kedua-dua pasukan dipisahkan dengan perbezaan enam mata, selepas AC Milan bimbingan Gianluigi Donnarumma menafikan kemenangan Napoli pada minit terakhir dalam pertembungan di San Siro, Ahad lalu.

Namun, Napoli cukup yakin mereka mampu meraih mata maksimum menentang Udinese dan Juventus, sekaligus mencapai sasaran menjulang trofi ketiga selepas kali terakhir melakukannya pada 1987 dan 1990.

"Masih ada 18 mata untuk dikejar," kata kapten Napoli, Marek Hamsik.

" Jarak antara kami dan Juventus semakin besar, tetapi kami mesti terus yakin dan percaya dengan kemampuan diri, bukan sekadar mengharapkan perkiraan matematik,"

Kemenangan Napoli ke atas pasukan di tangga ke-13, Udinese akan memberi tekanan ke atas Juventus yang masih perlu berdepan lawan sukar dalam baki liga musim ini - Milan dan Roma yang kedua-duanya merebut slot untuk Liga Juara-Juara musim depan.

Juventus akan berkunjung ke Crotone, esok - dan dijangka tidak bermasalah menang ke atas pasukan bergelut ke zon penyingkiran itu.

Namun, Sassuolo dan Spal masing-masing membuktikan pasukan itu boleh mencipta kejutan ke atas dua pilihan utama kerana Napoli dan Juventus ada kemungkinan hanya mampu sekadar seri menentang pasukan bawahan.

"Ia adalah minggu yang sukar, tetapi kami perlu tewaskan Crotone sebelum memikirkan Napoli," kata pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi, yang menjangkakan mereka bakal berdepan perlawanan yang sengit.

"Kami perlu sentiasa peka kerana menentang Spal, ramai yang meramalkan kami mampu menang mudah. tetapi, kali ini tidak mahu menerima kejutan," kata Matuidi yang turut memberi amaran kepada rakan sepasukannya. - AFP

271 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »