Selasa, 17 April 2018 | 12:02pm
PENGENDALI Tottenham Hotspur dari Argentina, Mauricio Pochettino. - Foto AFP

Spurs kian yakin sejak tunduk kepada City

LONDON: Mauricio Pochettino berkata persembahan Tottenham Hotspur menentang Manchester City memberikannya keyakinan di masa hadapan meskipun kekalahan mereka itu mengakhiri rekod tanpa kalah yang panjang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs di tundukkan 3-1 di Wembley pada Sabtu lalu sebelum Manchester United tewas mengejut kepada West Brom keesokan harinya, untuk mengesahkan kemenangan City sebagai juara liga buat kali ketiga.

Ia adalah kali pertama Tottenham mengalami kekalahan liga sejak tewas kepada pasukan Pep Guardiola pada Disember lalu, iaitu 14 perlawanan tanpa kalah berturut-turut, dengan pasukannya kini di tangga keempat.

"Selepas 14 perlawanan tanpa kalah, ini adalah sesuatu yang besar - tempoh yang panjang bagi kami," katanya.

"Kami bermain menentang Liverpool, United, Arsenal, Chelsea dan 14 perlawanan tanpa kalah, saya rasa pemain berhak mendapat pujian.

"Kami hampa tetapi tidak kecewa atau sedih kerana kami berjaya meningkatkan tahap kami dan menunjukkan kualiti sebenar yang kami mampu menyaingi Manchester City -- pasukan terbaik di England.

"Itu adalah sebab kenapa saya tidak bimbang mengenai masa hadapan. Ya, ada 20 minit di mana kami bermain sangat buruk tetapi saya tidak bimbang sebab saya rasa pasukan memberi saingan dengan sengit."

Spurs di depan Chelsea yang berada di tempat kelima dengan perbezaan tujuh mata dan boleh menambah kepada 10 jika menang ke atas Brighton, awal pagi esok waktu Malaysia.

"Empat terbaik adalah cabaran dan sasaran bagi kami," kata Pochettino.

"Berada empat terbaik dan melayakkan kelab bermain di Liga Juara-Juara dalam stadium yang baru, itu adalah sasaran kami."

Pochettino memberi bayangan bahawa Toby Alderweireld berkemungkinan akan dibawa masuk.

urs berada di depan Chelsea yang berada di tempat kelima dengan perbezaan tujuh mata dan boleh menambah kepada 10 jika memenang di Brighton, awal pagi esok.

"Empat terbaik adalah cabaran dan sasaran bagi kami," kata Pochettino. "Berada empat terbaik dan melayakkan kelab bermain di Liga Juara-Juara dalam stadium yang baru, itu adalah sasaran kami."

Pochettino memberi bayangan bahawa Toby Alderweireld berkemungkinan akan dibawa masuk.

- AFP

880 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »