Isnin, 17 Julai 2017 | 2:32pm
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Masuk percuma Olahraga Terbuka Malaysia di Bukit Jalil

khairie@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menyaksikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, hari ini dan esok, secara percuma.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah memberi kebenaran berkenaan.

"PSM sudah memaklumkan mereka bersetuju membenarkan orang ramai memasuki Stadium Nasional secara percuma melalui pintu depan untuk menyaksikan kejohanan ini," katanya kepada BH Sukan, sebentar tadi.

Kira-kira 266 atlet daripada sembilan negara termasuk Thailand, Laos, Brunei, Indonesia dan Singapura, selain Malaysia selaku tuan rumah dijangka menyertai kejohanan ini.

Karim berkata, Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia akan turut digunakan untuk menguji pelbagai peralatan pertandingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk 'photo finish' selain memberi peluang kepada atlet merasai kemudahan baharu di situ.

528 dibaca
Berita Harian X