Selasa, 18 Julai 2017 | 6:32am

Yan Yee-Nur Dhabitah duduki tangga ke-6 di Budapest


PENERJUN dari Malaysia, Yan Yee Ng dan Nur Dhabitah Binti Sabri bersaing pada acara terjun 3m papan anjal seirama Kejohanan Akuatik Dunia, di Budapest, Hungary. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun negara Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menduduki tangga keenam acara terjun 3m papan anjal seirama Kejohanan Akuatik Dunia, di Budapest, Hungary, semalam.

Mereka mengutip 288.72 mata selepas melengkapkan lima terjunan pada peringkat akhir.

Kedua-duanya melakukan terjunan konsisten apabila menduduki tangga keempat pada terjunan keempat apabila meraih 68.82 mata, namun gagal meneruskan rentak apabila sekadar memperoleh 55.80 mata pada terjunan terakhir.

Terdahulu, Yan Yee-Nur Dhabitah menduduki tangga kelima dengan 291.54 mata, pada pusingan kelayakan.

Pingat emas dimenangi gandingan dari China, Shi Tingmao-Chang Yani dengan 333.30 mata, diikuti gandingan dari Canada, Melissa Citrini Beaulieu-Jennifer Abel dengan 323.43 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi Kristina Ilinykh-Nadezhda Bazhina dari Russia yang mengumpul 312.60 mata. -- BERNAMA

Keputusan:

1. Shi Tingmao/Chang Yani (CHN) 333.30 pts,

2. Melissa Citrini Beaulieu/Jennifer Abel (CAN) 323.43,

3. Kristina Ilinykh/Nadezhda Bazhina (RUS) 312.60,

4. Maddison Keeney/Anabelle Smith (AUS) 301.23,

5. Katherine Torrance/Grace Reid (GBR) 294.60,

6. Ng Yan Yee/Sabri Nur Dhabitah Binti (MAS) 288.72,

7. Anastasiia Nedobiga/Diana Shelestyuk (UKR) 280.56,

8. Inge Jansen/Daphne Wils (NED) 280.50,

9. Tina Punzel/Friederike Freyer (GER) 279.60,

10. Melany Michelle Hernandez Torres/Arantxa Chavez Munoz (MEX) 279.27

226 dibaca
Berita Harian X