Ahad, 22 Oktober 2017 | 10:11pm
JURULATIH hoki negara, Stephen van Huizen puas hati persembahan anak buah.

Kami sudah melakukan yang terbaik: van Huizen

DHAKA: "Ya, kami tewas dengan peluang tipis untuk menang, tetapi beraksi di final adalah satu pengalaman cukup berharga," kata jurulatih hoki negara, Stephen van Huizen.

"Bukan selalu yang Malaysia dapat bermain di final pada kejohanan bertaraf tinggi, dan pengalaman ini akan membantu misi kami untuk memberi saingan memenangi emas pada Sukan Asia 2018," katanya selepas tamat final hoki Piala Asia, sebentar tadi.

Aksi final ini adalah kejohanan kedua tertinggi buat skuad hoki Malaysia selepas kali pertama berentap di Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Pakistan.

"Saya gembira apabila kami kembali sebagai pasukan nombor di Asia dan ranking kita sepatutnya meningkat dan semakin baik.

"Ini adalah sangat penting (ranking) kerana di format Liga Dunia, pasukan yang berada di ranking atas akan berpeluang untuk beraksi dalam kejohanan utama lebih besar." katanya.

Untuk perlawanan final kali ini, van Huizen menegaskan dia sudah melakukan yang terbaik untuk membanggakan negara sebelum Malaysia tewas tipis 1-2 kepada India.

"Pemain saya sudah memberikan yang terbaik, dan biarpun ia tidak mencukupi, saya yakin mereka akan belajar daripadanya dan akan membaikinya dan lebih baik selepas ini."

1261 dibaca
Berita Harian X