Selasa, 14 November 2017 | 5:53am
PELUNCUR dari Perancis, David Poisson yang meraih pingat perak di Kejuaraan Dunia 2013, terkorban selepas terbabit dalam kemalangan di Kanada. - Foto AGENSI

Peluncur ski maut ketika latihan

LYON (Perancis): Peluncur dari Perancis, David Poisson yang meraih pingat perak di Kejuaraan Dunia 2013, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan ketika latihan di Kanada, umum Persekutuan Ski Perancis, sebentar tadi.

"Berita yang menyedihkan," kata persekutuan itu melalui kenyataan media sambil menambah mereka berkongsi kesedihan yang dihadapi keluarga serta rakan Poisson yang berdepan detik sukar ini.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat lengkap mengenai kejadian yang berlaku di Nakiska serta punca kematian ke atas atlet berusia 35 tahun ini. - AFP

249 dibaca
Berita Harian X